Isnin, 20 Julai 2009

Ringkasan Aktiviti Dari bulan 6 dan 7

19 Jun 2009 - Esok minta berkumpul di masjid batu pahat untuk bersama-sama mengedar Risalah PPSMI yg akan di ketuai oleh Abg Mat Sabu dan Dato A. Ahmad Said. Jam 4 ptg... Pakai Baju Tema Putih....


25 Jun 2009
- Slm. Al-Fatihah Naib YDP Kawasan Sri Gading. Sdr. Angterian Bin Sairi tlh kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Armarhum akan dikebumikan di Pt.Amil/ dekat Parit Tengah YongPeng pada Petang ini.


25 Jun 2009
- Salam, memohon sumbangan ikhlas untuk waris arwah NYDP. Serah kepada bendahari Unit Amal Kawasan, Sdr Rijal. Semoga sedikit amal kita dikira amal soleh....

............... cuti.... PRK MANIK URAI>>>>>>>>>>>>


12 Julai 2009
- Slm, Mesejkan kepada sahabat-sahabat amal yang nak join Boling Anjuran Lajnah Sukan Sri Gading pada 17 julai. bagi nama pada Sdr. Azrin....


17 Julai 2009
- Slm. Sahabat-sahabat amal yang meyertai pertandingan Boling Pada Malam ini, diminta berpakaian Amal. Datang seawal jam 9mlm... ( Jerin)






.

Ahad, 31 Mei 2009

Sukan Negeri, Boling Piala Ketua Pemuda

31 Mei Batu Pahat, satu kejohanan Sukan Negeri diadakan di sebuah supermarket BP Mall, Batu Pahat semalam. Kehadiran Anggota Amal Kawasan sri Gading yang kemas beruniform bukan sahaja untuk bertugas pada kejohanan kali ini bagaimanapun turut memeriahkan lagi suasana dengan menghantar beberapa wakil mewakili Jabatan Amal Johor. Kejohanan tersebut melibatkan peserta dari Dewan Pemuda Negeri, Dewan Ulama, Dewan Muslimat, Pemuda Kawasan, NISA Johor, Jabatan Amal Negeri dan wakil dari PAKATAN RAKYAT. Walaupun wakil Jabatan Amal Negeri tidak dapat menempatkan diri dalam kedudukan tangga 5 teratas, namun pertandingan tersebut boleh dikatakan agak sengit.

Kejohanan julung-julung kalinya diadakan membabitkan rakan dari KEADILAN dan DAP Johor.

DAP memenagi Tempat Pertama, Tempat Kedua Kumpulan dari Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Batu Pahat dan tempat ke tiga dimenangi oleh DPPK Sri Gading.


Ucapan syabas untuk Unit Amal yang bertugas.

blog dalam pembinaan

-maaf... blog masih dalam peringkat pembinaan.



Blog dilahirkan pada 1 Jun 09. Sehari selepas kemenangan PAKATAN RAKYAT di PRK Penanti, Pulau Pinang.